Powered By Blogger

Tuesday, March 20, 2012

KEMATIAN SUATU KEPASTIAN

     MATI??? Betapa gentarnya aku mendengar perkataan tersebut. Sejak kebelakangan ini, banyak kes yang berlaku yang melibatkan kematian. Kematian bapa, emak saudara, kawan- kawan dan sebagainya. Baru- baru ini tempat Universitiku dikejutkan dengan kematian 2 orang pelajar perempuan daripada kursus pendidikan Islam. Mereka meninggal dalam perjalanan pulang ke Tanjung Malim. Betapa mulianya niat mereka, hanya untuk melawat kawan akrab mereka yang kematian bapa. Insyaallah, roh mereka dicucuri rahmat oleh-Nya. Sama- samalah kita mendoakan mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Insyaallah!!!Betapa kita harus menerima hakikat bahawa kematian itu pasti. Hurmmm alangkah takutnya aku mendengar berita kematian. Aku sering terfikir, akan tibanya 9ti masaku tiba. Ditambah pula dengan berita kematian salah seorang lagi pelajar UPSI dari program Pendidikan Sains Pertanian. Malam tadi pula kawan sekursusku telah kematian ayahnya. Aku mengerti bagaimana perasaannya kehilangan sebahagian dari diri kita. Aku pernah mengalaminya tika aku amat memerlukan "dia". Aku terlalu menyayanginya sepenuh jiwa dan ragaku. Masih terngiang-ngiang lagi di cuping telingaku akan suaranya, hilai tawanya, marah sayangnya, dan sebagainya yang ada pada dirinya. Aku ingin sekali menterbalikkan waktu, aku mahu detik- detik itu tidak berlaku padaku dulu.


     
     Kisah ini berlaku ke atas diriku kala aku ingin sekali memberi kejayaanku di masa hadapan. Insan tersebut tak lain tak bukan adalah "Ayahku". Keperibadiannya tak dapatku ungkapkan dengan kata- kata. Aku teramat ingin untuk memeluknya dengan penuh kasih-sayang. Ayahku seorng tak pandai mengungkapkan kasih sayangnya dengan kata- kata. Ahh lucu sekali apabila teringatkan perlakuan ayahku terhadapku. Aku adalah anak sulung, maka setiap apa yang aku lakukan akan ayahku awasi. Hermmmm, dulu aku pernah merasakan bahawa, bosannya hidup begini. Asyik ngan mak, ayah dan adik- adik jer.. Otakpun tak berkembang. huhuhuhuhu.....Tapi aku tahu setiap apa yang kedua ibu bapa kita lakukan ada kebaikannya. Bak kata orang puteh, "think positive". 9/9/2011, tarikh yang tak akan aku lupakan buat selama- lamanya. "yatim"!!!itulah gelaran yang aku pegang kini, gelaran yang tak pernah wujud dalam sarang fikiranku. Namun, itulah kenyataan yang harus aku terimaa. "Pasrah", "Redha" aku sematkan dalam hati demi menjalani sisa- sisa kehidupan seorang "ayah". Permulaan kematiannya, tak dapat aku gambarkan. Ayahku dikejarkan ke hospital di saat sehari sebelum Hari Raya AidilFitri. Detik itu aku tidak bersamanya, alangkah sedihnya aku saat itu. Jam 5ptang aku masih ingat lagi. Aku ketika itu sedang bekerja di 7E untuk menghabiskan baki cuti semesterku.

Angah: Long, long!!!nada suara adikku angah dengan sedih...Aku berasa bimbang dengan nada suaranya. Sepertinya ada sesuatu yang disembunyikan angah. Aku menanti dengan penuh tanda persoalan. Aku berfikir, kenapa angah bersikap demikian. Dadaku berdebar- debar menunggu jawapan selanjutnya daripada angah. Situasinya begitu cemas sekali. 

Angah: Long, ayoh jatuh, tak taw nok wak guano? tangis angah.
Aku:   Bakpow jatuh? kene gapow? guano jadik gituh? 

       Angahku meneruskan perbualan sambil teresak- esak. Aku tak dapat terima kenyataan itu. Betapa peritnya untuk menerima kenyataan perit itu. Malam itu juga aku balik ke Kelantan dari Kuala Lumpur dengan segera. Aku sampai di rumah keesokkan harinya, iaitu jatuh pada Hari Raya Aidilfitri. Buat pertama kalinya, aku beraya dengan seluar jin n t-shirt. Aku tak sempat untuk memikirkan penampilanku. Bagiku semua itu dah tak penting. Aku hanya mahu segera sampai ke rumah dan melihat keadaan ayanku. Dan buat pertama kalinya rumah kami suram, tiada hilai tawa dan usikan manja. Pabila aku tiba di rumah, aku segera ke hospital tanpa menukar persalinan pakaianku. Aku ingin menatap wajah ayahku dengan segera. Aku dikhabarkan dengan berita bhwa ayahku tak dpt bergerak tuk sebelah tubuhnya di bahagian kiri, iaitu dari kaki kiri hingga ke tangan kiri. Lebih memiukan lagi ayahku tak dapat nak berkata- kata. Dia kehilangan suaranya. Doktor memberitahu bahawa ayahku terkena serangan strok tahap bahaya. Aku melihat ayahku dengan pandangan yang tak dapat aku gambarkan. Ayahku melihatku dengan pandangan yang sedih. Aku mengerti bahawa ayahku amat merinduiku. Dulu adik-adkikku  sering mencemburui aku kerana, ayahku lebih menyayangiku daripada mereka. Kenyataan itu tak dapat aku sangkalkan. Setiap kali aku pulang ke kampung, ayahku sering mengikut kemahuanku. Ayahku akan memasak makanan kegemaranku dan melayanku dengan mesra.

       Namun, semua itu hanyalah kenangan yang tak dapat aku lupakan, Akanku abadikan dalam sanubariku buat selama- lamanya. Dalam tempoh seminggu ayahku sakit, aku telah menjaganya, betapa peritnya yang aku rasakan. Aku tak tahu apa yang ingin ayahku katakan. Aku tak tahu apakah yang ingin dia titipkan buatku dan adik- adikku. Aku juga tak tahu apa yang harus aku lakukan supaya ayahku kembali seperti dul....

       Disaat kematiannya jam 12.50 pgi, kami adik- beradik berkumpu di perbaringannya. Pilu rasanya hati ini, dikala melihat nafas ayahku yang tidak lancar untuk menemui Illahi. Betullah apa yang dikatakan, saat nyawa kita ditarik adalah kesakitan yang amat sangat. Tak dapat dibandingkan dengan kesakitan yang lain. Aku.....pasrah dengan ketentuan Illahi dan terimanya. Di sini aku titipkan sebuah sajak untuk ayahku tercinta... Semoga roh ayahku ditempatkan dlm kalangan yang beriman...Aamiin!!!!!!



AYAH YANG KURINDUI


Esak tangisan jelas kedengaran
aku dan yang lainnya menangisi pemergianmu
hanya kakak dan adik yang tak mampu mengerti
apatah daya mereka yang cuma kanak- kanak kecil
terkelu lidah untuk kami berkata- kata, ayah
jodoh pertemuan, ajal maut atas ketentuan-Nya

Dalam sejuta rindu yang mencengkam jiwa
ku terkenang kembali kisah lama
kehangatan pelukanmu, pegangan erat tangan tuamu
namun aku akui, kasih dan sayangmu tak dapat kuulang kembali
kasih yang agung, yang teguh, yang penuh berkat...

Kaulah pemimpinku dulu, ayah!!!
tapi kini kami harus berdikari
harus terima hakikat walau perit sekalipun
aku rindu hilai tawamu, kemarahanmu, riak wajahmu
sebagai anak sulung, aku pikul tanggungjawabmu
membantu emak dan adik-adikku yang lain

Kotak fikiranku masih segar, teringat kembali kucupan terakhirku
saat itu sekujur tubuh ayah telah kaku
pilunya hatiku tak tergambar rasanya, ayah
mengenangkan hidup yang harus kulalui tanpamu
tanpa bimbinganmu seperti dahulu..

Friday, March 2, 2012

LASKAR PELANGI AKU!!!


Laskar Pelangi merupakan sebuah filem yang diadaptasi daripada novel. Aku pernah membuat analisis tentang video bahagian 3 dan 4 berkenaan falsafah- falsafah yang ada pada video ini, nilai pengajaran yang diperoleh dan penggunaan bahasa yang digunakan dalam filem. Aku ingin memuat naik videonya tetapi ada sedikit kekangan. Oleh itu, videonya boleh sahaja dilihat di Youtube. Disini disertakan butiran yang telah aku lakukan semester lepas dalam kelas Karya Agung. Aku begitu teruja dan amat menyukai filem ini keseluruhannya!!!



1.0       PENDAHULUAN
Laskar Pelangi merupakan karya Andrea Hirata yang dikatakan dapat memenuhi harapan bagi penggemar sastera Indonesia, kerana selama ini penggemar sastera Indonesia telah lama menantikan munculnya karya sastera Indonesia yang besar  dan bermutu yang dapat dinikmati bersama. Novel ini kemudiannya diadaptasikan ke dalam filem yang diberi nama yang sama iaiatu”Laskar Pelangi”.
Filem ini mampu membuatkan masyarakat berfikir mengenai kepentingan aspek pendidikan dalam diri setiap anak- anak. Filem ini dimulai dengan proses penyuntingan, Pendiri Miles Film, Mira Lesmana, sutradara Laskar Pelangi Riri Riza, penulis skenario Salman Aristo, Andrea Hirata dan sejumlah barisan pelakon yang terpilih. Pelakon tersebut seperti Cut Mini, Ikranegara, Ario Bayu, Slamet Roharjo, Alex Komang, Mathias Muchus dan Teuku Rifnu Wikana. Selain itu, turut terlibat adalah 10 orang anak- anak yang benar-benar asli kelahiran Bangka Belitong.
Laskar Pelangi lebih kepada nilai- nilai kehidupan masyarakat dan pendidikan anak- anak. Kisah sekolah rekaan Andrea ini lebih kepada praktik pendidikan formal di Indonesia yang kini menuju kepada “kematiannya”. Pada dasarnya pendidikan formal bertujuan membawa manusia keluar dari kongkongan kebodohan (emansipatoris). Dengan menguasai ilmu pengetahuan secara sistematik, rasional dan bersifat ilmiah, manusia dituntut untuk meninggalkan segala sumber pengetahuan manusia di masa lalu seperti mitos dan tradisi yang tidak rasional dan tahyul. Kejayaan Laskar Pelangi yang mengangkat kehidupan kaum pinggiran yang miskin dan dilupakan di Pulau Belitong, sekarang dikenali Provinsi Bangka Belitung).

2.0       FALSAFAH DI SEBALIK KARYA INI 
Salah satu falsafah yang dapat dikenalpasti dalam filem Laskar Pelangi ialah kemiskinan bukan penghalang untuk menuntut ilmu. Hal ini ditunjukkan melalui watak 10 orang anak- anak kelahiran Belitong yang serba kekurangan. Mereka dalam kalangan yang miskin tetapi semangat untuk bersekolah itu tinggi. Mereka ke sekolah dengan tidak berpakaian lengkap seragam sekolah, tidak berkasut, ketiadaan kemudahan bilik darjah serta kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran. Anak- anak miskin ini juga mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan walaupun taraf hidup mereka rendah.
            Falsafah yang ketara dapat dikenalpasti dalam video siri ketiga yang diketengahkan oleh watak Pak Harfan yang berbunyi “ ukuran sesuatu kecerdasan itu bukan pada angka dan nilai tetapi dari hati”. Pada pendapat saya, ayat ini membawa maksud yang mendalam bahawa seseorang yang cerdik pandai, kecerdasannya tidak hanya diukur dari segi ilmu pengetahuannya tentang ilmu matematik, ilmu alam dan sebagainya tetapi turut mengetengahkan nilai-nilai murni iaitu yang berpusatkan dalam hati. Jika seseorang itu memiliki hati yang bersih maka segala imu pengetahuannya amat berbaloi dan dapat diaplikasikan kepada orang lain. Manakala jika seseorang itu menggunakan kecerdikannya hanya untuk mendapat kemewahan dunia, nescaya akhirnya beliau tidak akan dihormati dan akan dilupakan orang. Kecerdasan yang bukan berpusat dari hati juga akan membuatkan seseorang manusia itu menjadi tamak hinggakan tidak mempedulikan orang lain dan hanya menitikberatkan keduniaan semata- mata.
Seterusnya falsafah keagamaan yang diperkatakan oleh Pak Harfan iaitu yang berbunyi “sekolah ini adalah sekolah yang mengajarkan pendidikan agama, pendidikan budi pekerti bukan sahaja menitik beratkan aspek kurikulum”. Hal ini membawa maksud bahawa institusi pendidikan bukan hanya menitikberatkan aspek kurikulum iaitu mata pelajaran tertentu malah menitikberatkan soal keagamaan dan nilai murni dalam pendidikan. Oleh itu dapat ditegaskan disini bahawa sesebuah institusi pendikan seharusnya menitikberatkan soal keagamaan dan nilai murni supaya murid- murid dapat seimbangkan aspek kurikulum dan keagamaan supaya tidak tersasar daripada landasan. Hakikatnya kita mengetahui bahawa anak-anak kini tidak diterapkan dengan nilai- nilai murni dan ilmu keagamaan dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini kerana ibu bapa mereka turut sibuk dengan aktiviti keduniaan dan berpendapat bahawa kemewahan dunia dapat membahagiakan anak- anak mereka tanpa menghiraukan aspek keagamaan anak- anak sehingga anak- anak menjadi insan yang liar dan tidak menghormati orang lain. Oleh itu menjadi tugas institusi pendidikan untuk menerapkan sedikit sebanyak ilmu keagamaan dan nilai moral supaya hidup anak- anak ini lebih terjamin dan berada di landasan yang betul selaras dengan ilmu kurikulum yang diajarkan di bilik darjah.
Dalam video siri keempat pula ada falsafah yang berbunyi “hiduplah untuk memberi sebanyak- banyaknya, bukan menerima sebanyak- banyaknya”. Disini boleh disimpulkan bahawa seseorang manusia itu seharusnya berpegang pada pepatah “memberi itu lebih baik daripada menerima” iaitu individu yang memberi akan dianggap mulia dan sebaik- baiknya tidak menerima sesuatu pemberian orang dengan sewenang- wenangnya tanpa memikirkan baik buruk sesuatu hal itu. Selain itu, falsafah ini turut menjelaskan kepada kita bahawa kita seharusnya hidup dengan sebaik- baiknya hingga dapat membantu orang lain bukannya hidup untuk hanya bergantung harap kepada orang lain ataupun tidak keterlaluan jika saya katakan disini adalah hidup untuk menerima ehsan dan belas kasihan daripada orang lain.

3.0       NILAI- NILAI YANG TERDAPAT DALAM KLIP VIDEO
3.1       Pengabdian kepada sekolah SD Muhammadiyah
Ditunjukkan melalui watak  Pak harfan  yang telah puluhan tahun mengabdikan diri di sekolah Muhammadiyah tanpa mengharapkan apa- apa balasan. Motif beliau berada di sekolah tersebut adalah kerana untuk menegakkan syiar islam. Beliau begitu tekun dan ikhlas untuk mengajarkan 10 anak- anak miskin tentang perlunya pegangan agama dalam hidup dan sering mengajarkan mereka mengenai nilai- nilai murni dalam kehidupan di samping menceritakan kisah- kisah yang berlaku pada masa dahulu iaitu di zaman para khalifah yang disegani dunia.
Bu Mus pula mengabdikan dirinya di SD Muhammadiyah selama enam tahun dan mengikut pengalamannya, beliau telah mengajar pelbagai mata pelajaran kerana sekolah tersebut kekurangan tenaga pengajar. Beliau malah ingin meneruskan cia- cita ayahnya yang inginkan sekolah SD Muhammadiyah terus mendapat tempat di hati kanak- kanak miskin yang ingin belajar. Sekolah tersebut juga merupakan satu- satunya sekolah yang mengajarkan ilmu agama kepada pelajarnya.

3.2       Kegigihan seorang pelajar
Ini ditunjukkan melalui watak Lintang iaitu seorang anak kecil yang luar biasa. Kita tidak dapat membayangkan bagaimana seorang budak kecil sepertinya sanggup menempuh jarak berkilo- kilo dari rumahnya hanya untuk ke sekolah, sama seperti orang tua- tua pada zaman dahulu. Lintang pergi ke sekolah hanya dengan menaiki sebuah basikal yang pada perkiraan saya basikal itu terlalu lama usianya. Dia juga merupakan murid pertama yang mendaftar sebagai pelajar di SD Muhammadiyah. Setiap pagi Lintang sanggup bergerak awal iaitu dinihari untuk pergi ke sekolah supaya tidak sampai lewat. Dia tidak pernah mengeluh demi mendapatkan pendidikan di sekolah. Lintang juga seorang yang sangat teliti hingga dapat menghuraikan tentang buaya.  Dia memiliki semangat yang tinggi untuk sampai ke sekolah meskipun dihadang oleh buaya. Banyak tinjauan yang Lintang lakukan terhadap buaya, malah dia mengetahui pergerakan buaya yang cepat dan buaya mempunyai rahang yang kuat dan semuanya dapat dibacanya di dalam surat khabar.

3.3       Bekerjasama dalam mendidik pelajar
Nilai ini dapat dikenalpasti melalui watak Pak Harfan, Bu Mus dan Bakri. Mereka mengajar di sekolah Muhammadiyah mengikut kepakaran masing- masing. Contohnya Pak Harfan dengan pengajaran agamanya. Beliau malah menceritakan kisah- kisah perjuangan nabi kepada pelajar- pelajar dan serba sedikit mengenai pegangan agama islam. Pada permulaan klip video ini, Pak Harfan mempertahankan sekolah Muhammadiyah bahawa sekolah ini adalah “sekolah yang mengajarkan pendidikan agama, pendidikan budi pekerti bukan sahaja menitik beratkan aspek kurikulum” dan “kecerdasan sejati bukan sahaja dilihat dari segi angka- angka (nilai ujian) tetapi dari hati”.
            Bu Mus pula mengajar pelajarnya pelajaran matematik. Beliau sanggup mengajar pelajarnya walaupun sekolah tersebut tidak mempunyai kemudahan utuk mengajar. Pada satu sesi pengajaran, Bu Mus mengajar menghitung menggunakan lidi manakala sekolah lain yang mempunyai teknologi canggih menggunakan kalkulator. Disinilah terjadinya perbezaan yang begitu ketara diantara sekolah- sekolah tersebut. Manakala cikgu Bakri pula mengajar ilmu geografi yang lebih kepada ilmu alam sehinggalah beliau menerima tawaran mengajar di sekolah lain yang lebih elok kemudahannya.

            3.4       Nilai tekad dalam melaksanakan sesuatu perkara
Bu Musa tau nama sebenarnya N.A. Muslimah Hafsari Hamid binti K.A. Abdul Hamid hanya memiliki segulung ijazah SKP (Sekolah Kepandaian Putri), namun Bu Mus bertekad utuk melanjutkan cita- cita ayahnya iaitu K.A. Abdul Hamid iaitu salah seorang pelopor sekolah Muhammadiyah di Belitong bersama- sama Pak Harfan. Bu Mus malah sanggup menolak lamaran anak Haji Mahdun demi melestarikan cita- cita ayahnya. Jikalau tidak, kemungkinan Bu Mus menjadi isteri kepada seorang saudagar kaya. Bu Mus malah dengan penuh yakin mengatakan bahawa impiannya adalah untuk menjadi seorang guru bukannya isteri kepada saudagar yang mengejar kekayaan semata- mata. Bu Mus juga tidak sanggup untuk meninggalkan Pak Harfan dan seorang lagi guru iaitu cikgu Bakri untuk menguruskan sekolah Muhammadiyah.
            Betapa tekadnya Bu Mus membuatkan hidupnya dalam kesusahan tetapi beliau tidak pernah merungut dengan kesusahan tersebut. Pada suatu ketika dahulu, sekolah tersebut kekurangan guru, beliau dengan sukarela mengajar semua mata pelajaran. Selama enam tahun di SD Muhammadiyah, beliau telah mengajar pelbagai subjek seperti bahasa indah, bahasa Indonesia, Kewarganegaraan, ilmu bumi(geografi). Praktik olahraga sehinggalah akhirnya mengajar matematik.
3.5       Nilai pengurusan diri yang baik
Bus Mus seorang yang pandai, berkarisma dan memiliki pandangan yang jauh ke hadapan. Beliau menyusun sendiri pelajaran yang ingin diajarkan kepada pelajar- pelajarnya. Beliau mengajar mereka dasar moral, demokrasi, hukum, keadilan dan hak asasi. Beliau malah sanggup bekerja lebih masa di sekolah SD Muhammadiyah dan setelah seharian penat mengajar, beliau juga menerima tempahan jahitan hingga tengah- tengah malam untuk mencari nafkah meneruskan hidup dan membantu adik- adiknya yang lain.

3.6              Kepercayaan menumbuhkan semangat seseorang
Apa yang membuatkan Bu Mus memiliki semangat yang tinggi untuk mengajar di tengah situasi sekolah yang hanya berdinding kayu, yang setiap kali turunnya hujan menyebabkan atapnya bocor adalah dorongan daripada Pak Harfan. Ternyata semangat ini berasal dari kepercayaan yang diberikan oleh Pak Harfan, kawan ayahnya yang secara langsung percaya akan kewibawaan Bu Muslimah sebagai guru. Meskipun sudah 2 bulan tidak menerima gaji, namun beliau masih tetap bertahan. 

3.7    Kasih sayang guru terhadap muridnya
Bu Muslimah turut berasa tidak senang hati akan layanan sekolah lain terhadap Harun iaitu seorang pelajar yang terencat akalnya. Guru- guru tersebut memperlekehkan jawapan yang diberikan Harun dalam satu ujian yang telah dijalankan. Disini terbukti kasih sayangnya yang mendalam terhadap muridnya seperti sayangnya ibu terhadap anaknya. Bu Muslimah turut menunjukkan nilai kasih sayang terhadap muridnya  denag melembutkan suara semasa berbicara dengan murid- muridnya. Beliau tidak sesekali menggunakan kekerasan dalam mendidik murid- muridnya. Setiap pertolongan yang dia perlukan dari murid- muridnya diberitahu dengan bahasa yang lembut dan teratur. Contohnya ketika bertanya tentang giliran murid yang akan membeli kapur. Mereka sanggup membuat giliran membeli kapur walaupun perkakasan tersebut hanya dapat dibeli di tempat yang jauh. Mereka hanya ke sana dengan menaiki basikal secara berpasangan supaya keselamatan terjamin.
4.0       PENGGUNAAN BAHASA
Bahasa sebagai alat berkomunikasi antara individu dapat dikaitkan dengan karya sastra kerana di dalamnya terdapat media untuk berinteraksi antara pengarang dengan pembaca. Pengarang dapat mengekspresikan perasaan, gagasan, ideologi, dan wawasannya melalui karya sastra. Ekspresi tersebut sebagai perwujudan sesuatu yang dilihat oleh pengarang baik indrawi mahupun hakiki. Selanjutnya pengarang akan merespon aktif dan pasif serta menciptakan hasil secara kreatif. Pembaca sebagai penikmat karya sastera dapat merasakan maksud yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui gaya bahasa yang khas dan menarik.
Laskar Pelangi walaupun termasuk karya pertama Andrea di bidang sastra, namun mampu menunjukkan keahlian pengarang dalam menulis, berpengetahuan luas, dan intelektual yang tinggi. Andrea menuliskan kalimat di dalam novel yang mempunyai erti dan makna mendalam serta memberikan kesan bagi pembaca. Andrea menggunakan gaya bahasa perbandingan diantaranya metafora, personifikasi, simile, dan hiperbola. Filem yang diadaptasikan menerusi novel ini juga mempunyai pemakaian bahasa seperti dalam novel seperti contoh-contoh ini: ayah Lintang digambarkan sebagai ‘cemara angin mati yang disambar petir’atau A Kiong yang wajahnya dideskripsikan bagaikan‘baru saja keluar dari bengkel ketok magic’.
Sejujurnya bagi saya, untuk memahami cerita ini memerlukan saya untuk menontonnya berulang kali kerana penggunaan dialek bahasa Indonesianya terlalu pekat untuk saya sebagai rakyat Malaysia fahami. Namun begitu, penggunaan dialeknya yang pekat tidak menghalang saya untuk memahami dan mengenalpasti nilai- nilai murni yang ada dalam karya ini. Setiap yang dituturkan oleh watak- watak dalam Laskar Pelangi ini mempunyai mesej- mesej yang tertentu. Sebaik- baiknya dalamilah maksud sesuatu karya itu terlebih dahulu. Bahasa yang digunakan juga memberi kesan yang mendalam kerana penggunaan diksi yang menarik dan watak- watak pelakon yang dipilih berjaya mendalami watak- watak tersebut dengan baik.

5.0       KESIMPULAN
Perkembangan karya kesusasteraan di Indonesia kebelakangan ini cukup pesat baik filem mahupun novel. Selama ini pula, novel-novel yang bertemakan percintaan seperti Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Perempuan Berkalung Serban dan sebagainya mendapat sambutan hangat di pasaran, namun kehadiran novel Laskar Pelangi di pasaran dengan temanya yang berlainan telah berjaya menobatkan novel tersebut ke persada novel yang paling popular di Indonesia. Novel Laskar Pelangi telah diulang cetak hingga lebih daripada 22 cetakan dan turut diadaptasi ke layar perak dengan judul yang sama pada tahun 2008. Maka pengadaptasian dari novel ke filem telah mendapat sambutan dari masyarakat Indonesia mahupun masyarakat Malaysia sendiri.
Laskar Pelangi ini juga merupakan inspirasi pengalaman pengarangnya sendiri dan cerminan masyarakat pulau Belitong. Cerita yang bertemakan pendidikan tersebut telah memberikan kesan dan pengajaran untuk pembacanya. Laskar Pelangi merupakan karya kesusasteraan yang sangat mengharukan tentang dunia pendidikan dengan tokoh-tokoh manusia sederhana, jujur, tulus, gigih, penuh dedikasi, sabar, tawakal, dan mengajar dengan cinta yang diperlihatkan kepada pembaca secara indah dan cerdas
            Oleh itu, kita mengharapkan industi perfileman kita dapat mencetuskan idea- idea yang bernas seperti ini yang kaya dengan moral kemanusiaan yang tinggi. Kita seharusnya tidak hanya mengetengahkan tentang masalah sosial masyarakat kini tetapi nilai- nilai murni dapat dilahirkan di dalam karya penulisan kreatif mahupun penerbitan filem. Sepanjang saya menonton filem Laskar Pelangi ini, saya dapat mengenal apa itu pengorbanan seorang terhadap anak didiknya. Insyaallah saya juga bertindak sebagai bakal guru akan menggunakan pelbagai cara untuk mendidik anak bangsa supaya tidak mundur.

Thursday, March 1, 2012

Hantaran Pertunangan

ASSALAMUALAIKUM.....


Amalan berbalas barang hantaran adalah adat Melayu yang menandakan kasih sayang di antara kedua-dua pihak keluarga. Lazimnya, barang hantaran diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan lebih sikit daripada pihak lelaki misalnya 5 dulang untuk pihak lelaki dan 7 dulang pula bagi pihak perempuan.
Bajet untuk memberi barang-barang ini pula lebih bagi pihak lelaki kerana adanya peruntukan untuk sebentuk cincin pertunangan, hadiah tanda mas kahwin atau barang kemas.
Berikut disenaraikan antara barang-barang yang boleh dijadikan hantaran pertunangan / pernikahan bagi pihak perempuan:
  1. Sirih junjung / Sirih dara
  2. Baju Melayu & samping / baju kemeja & seluar
  3. Tali Pinggang dan Wallet
  4. Jam Tangan / Handphone /PDA / iPod / Notebook
  5. Kasut & Stokin
  6. Sejadah, Songkok & Kain Pelekat
  7. Al-Qur'an / Tafsir
  8. Tuala
  9. Perfume
  10. Kuih-muih / pulut kuning / pudding / kek / muffin/ coklat atau manisan dan sebagainya
  11. Bunga Rampai / Potpourri
  12. Buah-buahan
Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
  1. Cincin bertunang/hadiah tanda mas kahwin
  2. Tepak sirih
  3. Barang Kemas
  4. Jam Tangan / Handphone / Kamera / iPod / PDA /Notebook
  5. Sepersalinan pakaian / kain
  6. Kasut
  7. Handbag
  8. Perfume
  9. Sejadah & Telekung
  10. Al-Qur'an / Tafsir
  11. Kuih-muih / pulut kuning / pudding / kek / muffin / coklat atau manisan dan sebagainya
  12. Bunga Rampai / Potpourri
  13. Buah-buahan
(sumber dari internet)


Aku nak kongsi pengalaman laa nii.....Aku suka sangat menghadiri majlis2 pertunangan tawpown perkahwinan...suka tengok barangan hantaran laa kan!!!hehehehee.....pelbagai bentuk, warna yang membuatkan aku tenang...alhamdulillah sampai jugak jodoh mereka, aku sampai bila xtaw la kan...xdapat hidayah lagi kowt...hehehheee













Hurmmmm......aku x kisahla, asalkan aku tamatkan pengajian dan berjaya dalam hidup. Capai cita- cita dan buatkan mak dan adik- adik bahagia. Tentu arwah ayahku suka. Berbalik pada cerita barang hantaran tadi, aku lebih suka hantaran yang digubah sendiri, orang kampung kata "save budget" sikit...Disini aku selitkan barang2 hantaran yang bagi aku sangat menarik, kreatif dan boeh diperkembangkan lagi......


Maka dengan itu, ceh ceh skemanya ayat, hehehee....Harapnya sesuatu pertunangan itu berpanjangan hingga ke alam perkahwinan dan diharapkan tak putus di tengah jalan. Dari perkahwinan pula, harapnya berkekalan hingga akhir hayat n anak cucu.... amin3 <3<3<3