Tuesday, May 8, 2012

STIADAT KONVOKESYEN KE-14 UPSI



ISTIADAT KONVOKESYEN!!!!
AS SALAM

Hurmmm best laa tengok owng konvo ni... Entah bila laa giliran aku??kan3..Hehehehe...By de way, majlis ni berlangsung pada tanggal 7 Mei 2012. Seawal jam 8 lagi aku dan kawan2 ke sana di Kampus Baru. Kali pertama masuk dewan, aku kagum..Wah, besar giler dewan ni!!!Hahahahaa...Seronok beb!!!

Majlis ni merupakan sesi khas untuk Pemahsyuran Canselor baru. Terkejut melihat canselor baru yang cantik lagi jelita dan berilmu pengetahuan tinggi. Orang kata: cukup pakej laa.. Hurmm amat kagum rasenya.. Sedikit butiran diri canselor:

Nama: Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim (D.K.S.A..D.K.A)
Diputerakan: pada 22 Mac 1973 di Ipoh
Adik-Beradik: Anak bongsu daripada 4 beradik
Pengajian: 
1)Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Ipoh
2) Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Ipoh
3) peringkat A-Level di Prime College Kuala Lumpur
4) Pengajian di Universiti of Nottingham, United Kingdom dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia
Pernah Bertugas: 
1) di Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) selama 6 thn
2) jawatan di FORMIS(Malaysia) Berhad sebuah syarikat teknologi maklumat dan sebagainya

Dewan Majlis Konvokesyen...Wah, besar giler kan...hehehe boleh memuatkan beribu orang asenya.

Sekadar Selingan. Ambik gambar di Skrin Utama...Ramai kan orng...Hhuhu

Antara Pensyarah yg Sertai Majlis Konvo ini...Comei kan baju mereka?Hik3

Hehehhee...Poyo kan gambar ni...By d way Nice...Suka3

Khusyuk dengar G-ra bercerita...terbaiklah!!! Sebelum kedatangan para VIP n VVIP

Ada cerita di sebalik gambar ni..Hahahahaa..Xboleh nak ingat ase, Lucu woo...Gara- gara nak p tandas, kami terkunci dari luar. Terpaksalah menebalkan muka ke pintu utama..Hahahaa, Malu siot pabila owng tengok...:)

Canselor baru. Lawa betul orangnya. Kacukan laa katakan!!!

Cantik manis tuannya, Baju yg dipakainya juga cantik

Our UPSI!!!

Ruang Utama

YABhg. Datin Rosmah Mansor juga merupakan salah seorang penerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Awal Kanak- Kanak. Beliau hadir bersama Pm kita taw..Hehehehe

Semasa Ucapannya.

Selepas penat sepagi di Majlis Konvo ni.. Sempat lagi kami ambik gambar..Hehehehee, Cantik kan?

Beraneka bunga yng dapat kita pilih.. Sweet!!!

Anak Patung pun ade laa....

Belon untuk kanak- kanak kot...Hik3


Ni yg special.. Angry Bird 2....Banyak cute!!!

Snap gambar jap..Jangan marah!!

Hurm penat lorh...Tunggu punya tunggu, bas xde..Cam nak nangis asenyer, berjalan jauh ni dari tempat Dewan Konvo ke Gebang Utama Kampus Utama...Hahahaha, pengalaman!!!


Ni mungkin Helikopter yg dinaiki para VIP kita.. Rasenyer PM dan Isteri kot...Xpasti lak..huhuhu..Di hadapan padang..

Comel kan???Merah, my favourite  colour!!!Hehehehee

Gebang Utama Kampus Baru..Cantik, Kreatif n Inovatif...Hahahaha...Xsempat lgi nak bergambar kat sini..Kita lihat di lain hari n kesempatan waktu.

Untunglaa nasib kawan ku ni...Dapat gaks ambik gambar...Muahahahaa, cemburu sikit laa..Kesot Hati...Haahhaahhaa

Selesai sudah bingkisan aku untuk post ni...Satu pengalaman yang indah untuk tahun 2012 ini bersama- sama rakan terchenta..Hahahahaha. Di lain hari n waktu kami pergi lagi. Insyaallah giliran kami untuk berkonvoi tahun 2014 9ti. Aamiin!!!!!!!!!!!!!!!!!:)

RINDUKU PADA KETENANGAN

Assalamualaikum.....
Hurmm hari ni first time pi ceramah tuk sem 6 dan pakai bju kurung lagi..Hehhehehehee.....Tenang jer ase sem ni...Xperlu ribut2 kecoh2 cam sem lepas...keh3 .Xde kata yg sesuai tuk menggambarkan ceramah hari ini. Sungguh menarik, amat jelas penyampaiannya dan aku terpikat... Hahahhahahha...Salah satu faktor aku suka sebabnya penceramah asal dari Kelantan dan sama daerah dgnku iaitu Tumpat. Wahh, bangga giler rasenyer...Opps, jgan fikir lebih2, penceramah dah berpunya, Keh3.

Pada pagi Ahad yg penuh barakah ini, aku, G-ra n Ecah ke kampus tuk mendengar ceramah yg disampaikan oleh Muhamad Syaari Abd Rahman iaitu penulis Best Seller Kuasa Kepemimpinan al- Fateh. Bertempat di Auditorium Utama jam 8pagi. Hurm, memang x dinafikan agak susah tuk bangun tidur xpi gagahi juga demi tuk mendengar ceramah yg bermakna ini. Hehehehe 

Banyak ilmu dan pengetahuan baru yang aku dapat daripada ceramah ini. Hahahaha, syok skali kowt layan penceramah ni. Best best best..Hurmmm...Antara kata- kata yang dapat aku tangkap di pendengaranku ialah:

*** Bill Gates: Experience is not what happen to you. It is what you do with what happens to you***

*** Sahabat bukan hanya mampu menangis dan ketawa, namun mampu juga menjadi cermin diri***

*** Perbezaan antara kata-kata ini:
Taaruf= Kenal- mengenali
Tafahum= Faham- memahami
Takaful= Bantu- membantu***

AL-FATEH.........PEMBUKA KOTA KONSTANTINOPLE!!!
F= FOKUS
A= Al-Quran
T= Think
E= Exposure(pendedahan)
H= High position

Apa yang paling penting adalah:
*** IQ= Sultan-pimpinanannya
EQ= Tentera (struktur ketenteraannya)
SQ= Ulama (beragama islam)



Semua gambar2 ni bukan aku yg punya..Saja nak selitkan gambar yg ku ambik dalam Google...Hehehehhee...Bukunya best sangat, Dapatkanlah bukunya dan selamat membaca!!!!




Sunday, May 6, 2012

PRAKTIKAL MENANTIKU!!!

PRAKTIKAL MENANTIKU!!!


Menurut Kamus Dewan Edisi 4, praktikal membawa maksud melibatkan atau berkaitan dgn pengalaman atau penggunaan sebenar bukan teoretikal, dan sesuai untuk digunakan.


Ermmmm, xsabar rasenya nak berpraktikal di sekolah. Bertemu ngan murid- murid dan menjalani kehidupan sebagai bakal guru. Wah!!! rase cam gah aje....Hehehehehhee. Sebenarnya x pown. Aku jadi guru pun sebab desakan keluarga dan sanak saudara. Tapi alhamdulillah, sejak belajar di UPSI ni, bnyak ragam manusia aku tahu, ramai kawan- kawan yg memahami dan seangkatan dgenku...Hehehehe...Kiranya minat kami tuk jadi guru bermula di sini lah...Keh3


Aku mula menanam tekad tuk berbakti pada nusa dan bangsa suatu hari 9ti. Insyaallah, aamiin minta dipermudahkan. Aku harap sangat masa depanku berjalan dgan lancar dan aku dpat realisasikan impian mak dan arwah ayahku dulu. Huhuhuhu...Sedih bila mengenangkan usia dah meningkat tapi kerjaya belum ada. Malu juga pabila sanak saudara bertanya?


"Long, bila lagi nak kaween, batang hidung gewe pun xde?Hahahhahaa


Aku hanya telan air liur jer kan. Nak kate ape lgi, dah aku memang masih blajar dan x terfikir pun ke arah 2..Huhuhuhu...Eh aku dah tersasar jauh ni. Asalnya nak ceritakan sal perjalanku pagi xdi ke sekolah yg bakal aku praktikal..Haaaaa, jeng3....Nama sekolah tersebut Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Zulkifli Muhamad, Slim River..Lebih dikenali DZ.. Wah kagum aku lihat skolah 2..Walaupun kecil xpi ade 2 sesi taw, pagi dan petang. Teringat lak sekolah lama kat kampung, Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat, Tumpat. Ada 2 sesi juga. Hehehehehee


Apabila didingat kembali, takot juga terpisah dgn kawanku Ecah. Kot dyer sesi pagi, aku sesi petang. Wooo, nayer wei....huhuhuu...Kami ke sana berempat, merempit la katakan..Hahahhaa..Sangat!!!Aku bonceng ngan Ika dan G-ra bonceng ngan Ecah.  Seronok pi sane.X jauh sangat la sekolah kami 2. So, kami kenelah carik umah sewa yg berdekatan. Insyaallah akhir bulan 5 kami cari yer. Hehehehe...


Xdapat nak digambarkan camner laa nasib kami kat saner 9ti. Yg penting bersedialah dari segala segi....hEHEHE



Friday, May 4, 2012

BOWLING OH BOWLING!!!

BOWLING OH BOWLING!!!!!!!!

Hehehehee....Indahnya mengingati kenangan lalu.. So sweeet!!!! Kejadian ini berlaku semasa aku dan kawanku ke Cheras Perdana untuk menghabiskan sisa- sisa hujung minggu kami. Adalaa satu hari, kami kami ke The Mines untuk bermain Bowling...Hahahahhahaaaa

Lucunya apabila budak kampung macam aku ni main bowling. Terkontang- kanting kat sana. Percubaan pertama menjatuhkan pin bowling tersasar ke longkang. Alamak, malu der...Hehehheee....Tapi tebalkan muka jer laa..Bukannya orang kenal pown.. Keh3

Adik aku juga ikut sama. Daripada xtahu apa- apa ttg bowling ni, dpat juga strike. Lompat kegirangan laa si Ida 2.. Hurmmm jeles gaks tengok...Huhuhuhuhu...Bowling ni mencabar minda, xpi aku surrender lah, memang amateur kan not profesional...asyik masuk longkang jerk!!!!!Menci I....Lol3...Huhuhu

Syoklaaa,,,,Daripada duk memerap kat kolej, xbuat ape- ape, baik lepak kat The Mines cuci mate...Kuang3.Di sini aku lampirkan beberapa gambar terbaik punya kepunyaan kami...Hehehehehehhee
Ni air yg kami beli. Turn aku belanja makan. Sekali makan dekat 50 tu...Papepown puas hati...Yeh yeh

Bubur nasi, Mee kari n Mee Sup kot...Dah xengat menu makanan kami...Hehehhe

Kenal x ni???Hurmmm sodap wooo...nak sebut pown xpandai...Lihat Bawah...Hik3

Inilah dyer. Tutti Fruity....2 bekas hampir 50...Telan liur...Hurmmm

With Azira tercayunk.. Kawan giler2 akulah ni...Hahahahahaa

Adikku Ida. Posing lu sblum main bowling...Hehehhee
 Nak dijadikan cerita, masa 2 jam 6ptang. Mok jea kesayanganku pulang dari kerja di Alamanda. Adoiiiii, misscall kat handphone aku dah banyak, apahal laa pulak mok jea aku ni call...Hurmmm tertanya- tanyer gaks.. Akhirnya aku jawab, rupa- rupanya mok jea cemas kunci rumah xde di tempat yg biase dia simpan. Mengamuk laa dia...Hahahhahaa, salah aku gaks terambil anak kunci 2...Huhuhuhu

Sengal la kan aku ni...Cam2 laa kawan- kawanku kata. Long, mu ni kan lawak laa. Kelam- kabut, lucu bla bla bla....Huhuhuhu...Terima jer laa, dah memang betul,...Hik3..Kenyataan xdpt nak ubah...Mungkin blh berubah kowt suatu hari (ti...Hehhehee,,,Wait n See lah....Jeng jeng3
Kat Alamanda Putrajaya. Best tengok movie ni.. Selok aku ketawa taw...Lucu sngat...."Jangan Pandang- Pandang"

Cantikkan bekas ni...Tertarik padanya, ambik gambar pown cukup...kui3

Bunga plastik kowt long...

Bill2...Hehheehe
 Setelah penat berjalan- jalan, main n segala bagai. Kami buat keputusan tuk balik. Hadapilah kemarahan mok jea ngan tenang. Dah memang salah aku pown...Hehehehehe....Xley nak lupa mende ni..Kui3..Sweet ngat.
Sampai jer bumi tanjung malim, pekena kek coklat, Yummy2...Hehehehe


 BAHASA KIASAN!!!!

Assalamualaikum........................................

Daripada tajuk, apa yang dapat kita gambarkan. Aku sering tertanya- tanya akan tajuk yang dipaparkan. Adakah tajuk boleh membuatkan kita memahami keseluruhan cerita / mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang? Hurm.....Tu terpulang kepada pembaca la kan....hehheehhee. Di sini aku kongsikan sedikit pencarian aku tentang Bahasa Kiasan. Kalau tidak mencapai pemahaman pembaca, aku pasrah jer la... Sekadar renungan bersama...... :)

PENGENALAN

Dalam ilmu linguistik, tatabahasa merupakan kajian tentang pembentukan kata dan penyusunan dalam ayat. Manakala semantik pula berhubung rapat dengan pengkajian tentang makna. Semantik menurut istilah ialah merujuk tentang makna. Oleh kerana makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik tergolong sebahagian daripada ilmu linguistik, iaitu suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jka tidak ada unsur makna.
Semantik merupakan bidang kajian linguistik yang mana objek penelitiannya adalah makna bahasa. Makna juga merupakan atribut bukan sahaja dari bahasa melainkan pula dari segenap sistem tanda dan lambang dan kajian makna dinamakan semantik. Oleh itu, bahasa digunakan untuk pelbagai kegiatan dan keperluan dalam kehidupan bermasyarakat, maka makna bahasa pun menjadi pelbagai jika dilihat dari segi atau pandangan yang berbeza. Oleh itu, kajian makna yang ingin diutarakan adalah terhadap bahasa kiasan yang sememangnya sering digunakan oleh masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian.
Bahasa Kiasan ialah ungkapan yang maknanya tidak diketahui daripada makna perkataan itu sendiri atau daripada susunan tatabahasanya. Dengan kata yang lain, maknanya tidak sama dengan apa yang diungkapkan. Dalam bahasa kiasan, sesuatu perkataan, frasa atau ayat mempunyai maksud yang berlainan dengan makna harfiah kata-kata yang membinanya.
Bahasa kiasan juga dikenali sebagai bunga bahasa. Antara jenis bahasa kiasan yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah personifikasi, hiperbola, metafora, simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan dan bidalan (Abdullah Hassan dan Ainon, 2001: 1). Dari segi pencirian, semua bahasa kiasan ini memperlihatkan ciri yang berbeza- beza antara satu sama lain. Jika ditinjau dari segi maksudnya pula, bahasa kiasan ialah satu ungkapan yang maknanya tidak boleh diketahui daripada makna perkataan itu sendiri tetapi diperoleh berdasarkan makna tersirat yang melatarinya.

Dalam bahasa kiasan, kita membuat perbandingan akan sesuatu perkara dengan benda yang lain. Perbandingan ini dibuat melalui bandingan yang nyata dengan atau tanpa menggunakan kata bandingan tertentu. Kita hanya mengiaskan sesuatu yang dimaksudkan itu dengan benda atau perkara yang lain.

2.0              DEFINISI  ISTILAH
               Kajian Makna
Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna. Oleh sebab itu semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Kajian makna kata dalam bahasa Melayu menurut sistem penggolongan semantik adalah cabang linguistik yang berperanan semata-mata untuk meneliti makna kata, bagaimana asal mulanya, bahkan bagaimana perkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadinya perubahan makna dalam sejarah bahasa. Bidang semantik terbatas pada usaha memperhatikan dan mengkaji proses transposisi makna kata dalam pemakaian bahasa.
Setiap perkataan mempunyai banyak makna. Contohnya perkataan meja umpamanya merujuk kepada bermacam- macam rupa dan bentuk benda yang boleh dipanggil meja. Ada meja kecil, meja besar, meja kaki empat, meja kaki satu, meja bulat, meja kayu, meja kaca, dan bermacam- macam lagi. Dengan erti kata lain, perkataan meja tidak merujuk kepada satu benda yang dipanggil meja. Sebaliknya merujuk kepada suatu konsep iaitu “sesuatu perabot mempunyai permukaan yang rata, berkaki dan biasanya digunakan untuk meletakkan hidangan makanan, sebagai tempat menulis ataupun peralatan mesyuarat”. Sesuatu perkataan merujuk kepada ribuan malah jutaan benda- benda yang menepati konsep tersebut (Abdullah Hassan, 1997:263).
Bahasa Kiasan
Pendeta Za’ba mengatakan bahawa bahasa kiasan ialah bahasa yang mencakapkan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan antaranya atau dengan tiada menyebutkan bandingan lagi, tujuannya supaya menambahkan terang sesuatu yang dikatakan atau diceritakan dan menguatkan makna. Inilah keistimewaan bahasa kiasan.
Menurut Abdullah Hassan 1997: 276, bahasa kiasan atau analogi ialah ungkapan- ungkapan yang maknanya tidak boleh diketahui daripada makna perkataan itu sendiri ataupun daripada susunan tatabahasanya. Penggunaan istilah dan konsep-konsep dalam bidang ini berbeza- beza dalam kalangan pengarang. Perbezaan itu diselaraskan untuk dijadikan pedoman mengajar. Bentuk bahasa kiasan dapat diklasifikasikan kepada dua golongan utama iaitu, kiasan jenis peribahasa dan bukan peribahasa. Setiap golongan mempunyai jenis masing- masing.
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, bahasa kiasan tergolong kepada dua jenis iaitu peribahasa dan bukan peribahasa. Kiasan yang sudah mantap dari segi bentuk bahasanya dan maknanya diistilahkan sebagai peribahasa. Kiasan yang tidak mantap bentuk dan maknanya diistilahkan sebagai bukan peribahasa. Sebagai contoh, bentuk ‘kacang lupakan kulit’ tidak boleh diubah kepada bentuk yang lain, umpamanya ‘kulit dilupakan oleh kacang’ dan ‘lupanya kacang kepada kulit’. Oleh yang demikian, bahasa kiasan tersebut adalah peribahasa. 

3.0              JENIS- JENIS BAHASA KIASAN
Jenis bahasa kiasan bahasa Melayu dapat digolongkan kepada dua golongan, iaitu kiasan jenis peribahasa dan kiasan jenis bukan peribahasa. Antara kedua-dua jenis bahasa kiasan ini, terdapat perbezaan yang nyata dari segi maksud. Bahasa kiasan jenis peribahasa mempunyai makna khas, iaitu tidak bergantung pada konteksnya (Abdullah Hassan:1997: 277). Misalnya makna kaki ayam, anak emas, dan langkah kanan tetap tidak berubah walau dalam konteks apa-apa sekalipun.
              PERIBAHASA
Za’ba (1965: 166) membahagikan peribahasa kepada dua jenis iaitu peribahasa bersifat selapis dan bersifat dua lapis. Peribahasa selapis bererti apa sahaja ungkapan itulah maksudnya. Sifat terus terang tanpa maksud lain yang terselindung. Peribahasa selapis ini terdiri daripada bidalan, pepatah dan perbilangan, manakala peribahasa dua lapis pula bermaksud pengertian yang dimaksudkan berlainan daripada sesuatu yang dilihat daripada zahirnya. Maksud yang terkandung dalam peribahasa ini adalah berlainan sama ada sekali dengan maksud yang diumpamakan kepada sesuatu perkara yang mempunyai bandingan yang sama dengannya. Peribahasa dua lapis terdiri daripada perumpamaan dan simpulan bahasa (Abdullah  Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari, 2009 : 283).
Kiasan peribahasa makna selapis dapat terus difahami apabila kita membacanya. Contoh kiasan peribahasa makna selapis seperti biar lambat asal selamatsedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit; dan hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya bermakna selapis kerana tiada makna yang tersirat daripada unsur kata yang menjadi binaan bahasa kiasan tersebut. Sebaliknya, bahasa kiasan dua lapis pula menggunakan gambaran lain bagi membayangkan maknanya.  Misalnya ular yang menyusur akar itu tidak akan hilang bisanyaseperti talam dua muka dan sebagainya. Ia mempunyai maksud yang khas. Ular yang menyusur akar, tidak akan hilang bisanya bermaksud orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya, seperti talam dua muka bermakna orang yang berbuat baik kepada dua orang berseteru.

          Bidalan
Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran. Ciri yang membezakan bidalan dan pepatah ialah bidalan mengandungi perkataan-perkataan jangan, hendaklah, usah, biar dan ingat. Contoh bidalan seperti jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak yang bermaksud semakin kaya semakin sombong, baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang - kita hendaklah merendah diri dengan kelebihan yang dimiliki, bukan menjadi sombong.
          Pepatah
   Pepatah merupakan sejenis peribahasa yang berangkap. Biasanya         terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan atau unsur- unsur pengajaran yang hendak disampaikan. Pepatah seakan-akan bidalan tetapi mempunyai rangkaian perkataan berkerat- kerat atau berpatah- patah. Contohnya bagaimana acuan, begitulah kuihnya yang bermaksud seseorang anak itu akan menurut sifat dan perangai ibu bapanya, biar putih tulang jangan putih mata yang bermaksud lebih baik mati daripada menanggung malu, buang yang keruh ambil yang jernih bermaksud tinggalkan perangai yang buruk dan ambillah yang baik.
           Perbilangan
Perbilangan adalah perkataan yang disusun berbilang-bilang dan dituturkan bait demi bait. Lebih mudah lagi, ia merupakan susunan kata yang berkerat-kerat dan disebut satu persatu seperti orang membilang sesuatu. Isinya mirip kepada ketetapan undang- undang yang tidak dikuatkuasakan. Perbilangan ini mengandungi hal-hal sosial serta nilai- nilai murni kehidupan. Sebagai contoh “hutang darah dibalas darah, hutang nyawa, nyawa padahnya”.


           Perumpamaan
Perumpamaan merupakan salah satu jenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain. Biasanya maksud perumpamaan berlainan daripada kelompok kata yang membentuknya. Pada umumnya, perumpamaan menggunakan kata- kata bandingan bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.Contohnya seperti anjing dengan kucing yang membawa maksud dua orang yang sering bertengkar apabila bertemu, bagai tikus membaiki labu bermaksud merosakkan lagi barang yang dibaikinya, seperti pahat dengan penukul bermaksud orang yang hanya bekerja apabila diperintah dan sebagainya (http://www.slideshare.net/Rynna/peribahasa-8689046).

          Simpulan Bahasa
Kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap. Mengandungi maksud yang berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas. Simpulan bahasa biasanya terdiri daripada dua perkataan dan mempunyai makna tersirat. Sebagai contoh akal panjang bermaksud seseorang yang berfikiran tinggi dan mempunyai banyak idea, bau-bau bacang iaitu pertalian keluarga yang jauh, muka tembok membawa maksud seseorang yang tidak tahu malu dan sebagainya.
Menurut Za'aba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan empat perkara iaitu:
(a) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur.
     Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.
(b) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya.
     Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.

(c) Daripada kepercayaan orang ramai
     Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya.
(d) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa.
     Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.

                 BUKAN PERIBAHASA
Menurut Md Saidin Ahmad Ishak dan Mohd Salleh Rahamad (1996: 146) mendefinisikan  bahasa kiasan bukan peribahasa ialah bahasa figuratif. Bahasa figuratif digunakan untuk berkomunikasi secara analogi. Sesuatu perkara disamakan dengan perkara lain yang biasa dan perbandingan ini mengajak pembaca untuk menggambarkan persamaannya. Apabila bahasa itu semakin mudah, langsung dan terus terang bagi membawa maksud konvensional, maka bahasa itu disebut bahasa literal atau bahasa hurufiah (Abdullah  Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari, 2009: 286).
          Personifikasi
Perkataan personifikasi berasal daripada bahasa Latin. Perkataan ini merupakan cantuman dua perkataan iaitu “persona” dan “fic”. Perkataan “persona”  bermaksud orang atau pelaku atau aktor atau topeng yang dipakai dalam persembahan drama. Manakala “fic” ialah perkataan yang bererti membuat ( Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005: 368). Perkataan personifikasi itu kita kaitkan dengan segala sifat yang dimiliki oleh manusia bagi segala macam benda yang tidak bernyawa.
            Maka, personifikasi ialah sejenis gaya bahasa perbandingan, iaitu penginsanan atau pemberian ciri- ciri peribadi orang atau sifat- sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh- tumbuhan, keadaan, peristiwa, barang yang tidak bernyawa, atau idea yang abstrak.
Contohnya seperti :
       i.    cahaya di sebalik kabus yang sentiasa       memberi harapan 
       ii.   cuaca yang begitu dingin menggigit
       iii.  Senja merangkak tua…
        Hiperbola
Hiperbola ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani. Kata majmuk ini terbina melalui gabungan perkataan “hyper”  yang bermaksud melebihi dan “ballien”  bererti luahkan atau keluarkan. Hiperbola merupakan salah satu daripada kelompok gaya bahasa pertentangan iaitu sejenis gaya bahasa yang mengandungi kenyataan tentang sesuatu perkara secara berlebih-lebihan atau secara melampau waima dari segi jumlahnya, ukuran atau sifatnya. Tujuannya adalah untuk memberi penekanan maksud terhadap sesuatu perkara atau situasi demi memperhebat, meningkatkan kesan dan pengaruhnya (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005: 347-349).
Contoh :
a.       dosa-dosaku sudah melaut banyaknya…
b.      tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung.
       Metafora
Metafora ialah gabungan daripada dua kata iaitu “meta” bermaksud memindahkan dan “pherein”  bermakna membawa. Perkataan metafora berasal daripada bahasa Yunani. Perkataan ini biasanya mengandungi satu kata konkrit dan satu kata abstrak, iaitu perbandingan tidak terus (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005: 360-361).
Contohnya seperti :
a.       peti kenangan
b.      Lipatan ingatan
          Simile
Simile juga membuat perbandingan. Simile menggunakan perkataan seperti, bagai dan bak. Contohnya “mulutnya becok seperti murai dicabut ekor”. Simile mengandungi dua bahagian iaitu subjek utama dan bahan bandingan. Subjek utama simile di atas ialah mulut dan bandingannya ialah “murai dicabut ekor”. Pada kebiasaannya bahan bandingan mengandungi imej iaitu kata atau ungkapan yang membentuk sesuatu perkara yang boleh dianggap oleh deria. Contoh lain seperti:
a.       … bersambung seperti gajah menyusu dengan rumah agam
b.      … tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung

Hurmmmm...di sini sahaja perbincangan kita. Maka ketahuilah Bahasa Melayu ini mempunyai banyak cabangnya. Rajinlah kita menerokai bahasa negara kita. Insyaallah!!!!

Tuesday, May 1, 2012

VIDEO KAMI SOSIOLINGUISTIK..........


Di Mana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan....

ASSALAMUALAIKUM.....................................



Hurmmmmm, indahnyer dunia ni di samping kawan- kawan dan keluarga tersayang...
Dah smpai semester 6 yer aku ni....cepatnya masa berlalu...Pantas giler...Dah banyak yg aku tempuhi sepanjang hidupku ini. Paling menyedihkan adalah saat kehilangan insan tersayang... Papepown aku harapkan insan yg aku sayang 2 dirahmati-Nya selalu..Aamiin, Insyaallah......

Tak nak laa sedih- sedih..Ni aku nak konsikan tentang video rakaman yg kumpulan kami buat semester ni tuk kursus Sosiolinguistik.. Alhamdulillah kerjasama kumpulan 2 penting.. Apa- apa pun, ianya menjadi pengalaman yg amat indah dan berharga buatku.. Layan jer video ini...hehehehehehee
video
Ini adalah hasil kerja kumpulan kami....Huhuhu, dlam keadaan yg terdesak dan menghimpit, kami berjaya selesaikannya juga.....video ini berkisah tentang budi bahasa budaya kita.. Kesantunan dalam kehidupan seharian yg seharusnya diamalkan oleh semua lapisan masyarakat di Negara Malaysia ini... Gemilang,Cemerlang dan Terbilang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

       

With Love!!!!!!!Hehehehehehe





KAJIAN LAPANGAN- DARUL HANAN



Seindah bicaraku, semanis tuturku!!!!!huhuhu

ASSALAMUALAIKUM...................................
Lama xupdate blog nii.....terlalu sibuk kowt...hurmmmmm
Nak kongsikan pengalaman Kajian lapangan yg kami lakukan di Pusat Rawatan Tradisional Darul Hanan Kg Lambor Tumpat. Mereka begitu ramah melayani kami. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui serba- sedikit latar belakang penubuhan pusat rawatan ini dan mengenali ciri- ciri modal insan penghuni- penghuni di sana. Banyak pengetahuan yang kami ketahui tentang jenis- jenis dadah dan bagaimana pemusnah bangsa kita ini beroperasi...hurmmmmm....
Permulaan nak kesana, aku rasa sedikit takut kerana aku baru tahu bahawa penghuni disana kesemuanya lelaki...Apalah daya kami kaum hawa ini...Hurmmm, tapi nasib baiklah emakku sudi mengikutku. Salah seorang kawanku turut membawa suaminya turut serta.. Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar..Syukur ke hadrat-Nya. Di sini aku sajikan sedikit gambar- gambar kami di sana.....

             SEJARAH PENUBUHAN

Pusat rawatan dadah secara tradisional ini lebih dikenali dengan nama ‘Darul Hanan’ yang berada di dalam kawasan Pondok Lambor, Wakaf Bharu. Pondok ini diusahakan oleh Tuan Haji Mohd Zain Bin Abu Bakar (391118-03-5059) dan keluarga. Beliau sememangnya berasal dari negeri Kelantan iaitu Kampung Kubang Batang, Tumpat dan hasrat murninya adalah untuk membantu remaja- remaja yang terdedah kepada pengaruh pelbagai jenis dadah. Pusat ini ditubuhkan dengan melaksanakan pemulihan berasaskan kaedah islam, tradisional dan rawatan moden serta diiktiraf oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).   Pusat rawatan ini juga menempatkan sebilangan warga emas yang tiada tempat berlindung dari kampung- kampung berhampiran. Kebanyakan mereka tinggal di situ untuk mendekatkan diri kepada tuhan yang esa dan membuat amal kebajikan. Lagi pun, mereka disediakan pondok (rumah) masing- masing dan pelbagai aktiviti kerohanian yang boleh mereka sertai. Alamatnya ialah Pusat Rawatan Tradisional Darul Hanan, Kampung Lambor, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan. Telefon pejabat, 09-7197507 atau ke telefon bimbit Tuan Haji sendiri iaitu 017-9176643. Emailnya: darul_hanan@yahoo.com.
Berdasarkan hasil temuramah, pengasas pusat rawatan ini yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Aji menyatakan, tarikh 15 Mei 1998 merupakan tarikh dimana beliau mengumumkan hasrat untuk membuka pusat pemulihan ini. Pada waktu tersebut, hanya dua orang yang datang untuk berubat daripada kampung berhampiran. Tiga hari kemudian, datang lagi tiga orang untuk menjalani rawatan sehinggalah ketika ini, jumlah penagih yang datang menerima rawatan tidak pernah putus. Jumlah penagih yang terbaharu berjumlah 138 orang yang kesemuanya lelaki. Mereka datang secara sukarela dan ada yang dipaksa rela oleh pihak ibu bapa atau pihak AADK sendiri. Ikutkan penagih, memanglah mereka tidak mahu duduk dalam keadaan sebegitu rupa, dikurung secara beramai- ramai bersama- sama pesakit lain. Umumnya, penagih- penagih dadah ini datang dari serata daerah di negeri Kelantan dan Terengganu. Namun ada juga penagih yang berasal dari Pahang, Johor, Penang dan lain- lain. Dari segi taraf kedudukan masyarakat di pusat rawatan ini didapati dari rakyat biasa hinggalah ke anak kehormat, dari murid sekolah hingga pekerja kerajaan sendiri. Pusat Darul Hanan ini menempatkan remaja terjebak dadah seawal usia 14 tahun hinggalah 47 tahun. Pusat rawatan ini hanya menempatkan golongan lelaki sahaja kerana Ayah Aji mengatakan bahawa, ketiadaan tempat untuk pesakit wanita. Lagipun, tidak elok jika golongan lelaki dan wanita berada di tempat yang sama. Selain itu, pusat rawatan ini juga tidak menerima golongan yang mempunyai agama lain selain agama Islam kerana kaedah pengubatan adalah menggunakan cara- cara pengubatan Islam sepenuhnya.


Bergambar dengan Ayah Haji dan salah seorang Ustaz.....

Waktu melawat di Darul Hanan
 Pesakit akan diubati secara mandi wap, iaitu pesakit akan masuk ke dalam semen bulat yang lebih dikenali sebagai “kerek telaga” di Kelantan. Di dalamnya mereka akan membaca selawat sebanyak 100 kali, surah al-Fatihah 100 kali, iaitu kira- kira 45 minit selawat dan 45 minit bacaan al- Fatihah. Dalam satu sesi, hanya empat orang pesakit bermula jam 11 pagi hingga 3 petang. Di atas permukaan ‘kerek telaga’ tersebut akan adanya tikar untuk menutupinya. Oleh hal yang demikian, pesakit yang berada di dalamnya akan berpeluh sambil mengenang segala kesalahan yang mereka lakukan selama ini.
          Tujuan mandi wap ini adalah untuk mengeluarkan segala kotoran dalam tubuh pesakit penagih. Ayah Aji mengatakan bahawa bukan mudah untuk merawat pesakit- pesakit dadah ini kerana terdapat banyak halangannya lebih- lebih lagi diri pesakit itu sendiri. Mereka ini diibaratkan “karam di dalam laut dadah”, perlukan masa dan semangat untuk sembuh. Ayah Aji juga mengatakan bahawa pesakit- pesakit ini akan mandi wap banyak kali untuk mengeluarkan kotoran- kotoran hingga ada pesakit yang mandi wap sebanyak 15 kali untuk mengeluarkan peluh dalaman yang mengandungi kotoran dadah.
Gambar di "kerek telaga: untuk kaedah  Pengubatan Mandi Wap
 Aku ade mengambil sedikit gambar respondan yg kami temuramah, namun dirahsiakan kerana menghormati pihat pusat rawatan...Hehehee.. Seronok temuramah bekas penagih ni kerana bukan semua penghuni di sini tdk berpelajaran. Kebnyakan yg ditemuramah pernah bekerja di sektor kerajaan. Tapi aku berharap mereka pulih dan boleh berbakti kpd nusa bangsa dan negara,...Insyaallah...
Menjamu selera yang disediakan oleh pihak pengurusan

Hehehee...Bawa adik dan emak skali ke sana....Sesajer jer nii, selingan..Kenderaan yg dimiliki Pusat Rawatan

Salah sebuah pondok yg dimiliki oleh Warga emas di sana

Sedikit cenderahati yg kami berikan

Tandatangan ahli "Rumah org Tua- Tua"

Sijil Perlantikan Ayah Haji

Kajian lapangan ini dilakukan di Pusat Rawatan Tradisional Darul Hanan Kampung Lambor, Wakaf Bharu, Kelantan Darul Naim. Seramai lima orang peninjau terlibat sewaktu membuat kajian lapangan ini yang terdiri daripada pelajar- pelajar semester 6 kelas Kesusasteraan Melayu dalam Pembinaan Modal Insan. Melalui kajian lapangan ini, sasaran khusus adalah kepada pengasas pusat rawatan iaitu Tuan Haji Mohd Zain Bin Abu Bakar. Hal ini kerana, segala urusan dapat dipermudah dengan adanya Ayah Haji yang sudi menerima temuramah kami dan menceritakan serba- sedikit latar belakang dan tujuan penubuhan pusat rawatan ini dan maklumat- maklumat tentang penghuni pusat rawatan. Banyak soalan yang kami tanyakan kepada Ayah Haji.
            Selain itu, kami juga melibatkan sasaran sampingan iaitu penghuni pusat rawatan ini iaitu seramai 138 orang yang terdiri daripada remaja lelaki. Namun begitu, kami hanya mendapatkan 10 orang respondan untuk mengetahui latar belakang mereka dan bertanyakan soalan mengenai penglibatan mereka dengan dadah. Kami menggunakan kaedah bertanya maklumat secara lisan. Hal ini bermaksud kami bertanya secara terus kepada penghuni mengenai latar belakang mereka. Butiran respondan kami buat tetapi kami tidak menggunakan nama sebenar mereka atas permintaan Ayah Haji mahupun respondan sendiri. Selepas sesi temubual dengan respondan, kami juga meminta jasa baik mereka supaya mengisi borang kaji selidik yang telah kami sediakan. Borang kaji selidik ini berkaitan dengan diri respondan, latar belakang respondan dan pandangan respondan tentang masalah sosial khususnya gelaja dadah. 
            Segala gerak kerja, kami lakukan seawal bulan Mac supaya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Kami ke Pusat Rawatan tersebut pada 10 April 2012 iaitu jatuh pada hari Selasa yang bersamaan cuti pertengahan semester. Kami ke sana secara berasingan kerana, walaupun berasal dari negeri Kelantan, namun daerah kami adalah berlainan antara satu sama lain iaitu ada yang dari Tumpat, Kota Bharu, Pasir Puteh dan Tanah Merah. Maka kami memutuskan untuk berkumpul di hadapan Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat tepat jam 10 pagi. Kami mengambil masa selama sejam untuk sampai ke pusat rawatan kerana salah seorang daripada kami sesat ke tempat lain. Pada jam 11 pagi, sesi temuramah bermula dengan pengasas pusat rawatan iaitu Tuan Haji Mohd Zain Bin Abu Bakar. Pelbagai maklumat yang diperolehi yang dapat membantu kajian lapangan kami. Seterusnya Ayah Haji membawa kami melihat kawasan sekitar pusat rawatan dan kemudiannya membawa kami kepada penghuni Darul Hanan yang berada di tempat khas. Kami berpeluang untuk bersua muka dengan mereka dan menyatakan hasrat kami untuk menemubual mereka. Hanya 10 orang terpilih untuk menjadi respondan dari pelbagai peringkat umur, jenis pekerjaan dan lain- lain.
            Setelah selesai temubual yang dijalankan, respondan tersebut kami berikan senaskhah surah Yassin supaya mereka lebih mendekatkan diri kepada tuhan. Kemudiannya, kami sekali lagi berada di pejabat Ayah Haji untuk menjamu selera yang telah disediakan pihak pengurusan. Setelah berbual- bual hingga jam 2 petang, kami kemudiannya meminta diri untuk pulang ke rumah masing- masing namun sebelum itu, kami berikan sedikit cenderahati buat Ayah Haji yang berupa sebakul buah- buahan dan plat atas kesudian Ayah Haji menerima kehadiran kami. Sememangnya kami memperoleh pengalaman berguna setelah membuat kajian di pusat rawatan ini khususnya tentang nilai- nilai modal insan yang ada pada diri penghuni.

          Hurmmmmm...Alhamdulillah tugasan telah dihantar dan aku berharap agar diterima oleh pensyarah kami...Heheheheheheeheeeee.....Nice, Good Job!!!!



Analog Clock