Seindah bicaraku, semanis tuturku!!!!!huhuhu
ASSALAMUALAIKUM...................................
Lama xupdate blog nii.....terlalu sibuk kowt...hurmmmmm
Nak kongsikan pengalaman Kajian lapangan yg kami lakukan di Pusat Rawatan Tradisional Darul Hanan Kg Lambor Tumpat. Mereka begitu ramah melayani kami. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui serba- sedikit latar belakang penubuhan pusat rawatan ini dan mengenali ciri- ciri modal insan penghuni- penghuni di sana. Banyak pengetahuan yang kami ketahui tentang jenis- jenis dadah dan bagaimana pemusnah bangsa kita ini beroperasi...hurmmmmm....
Permulaan nak kesana, aku rasa sedikit takut kerana aku baru tahu bahawa penghuni disana kesemuanya lelaki...Apalah daya kami kaum hawa ini...Hurmmm, tapi nasib baiklah emakku sudi mengikutku. Salah seorang kawanku turut membawa suaminya turut serta.. Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar..Syukur ke hadrat-Nya. Di sini aku sajikan sedikit gambar- gambar kami di sana.....
SEJARAH PENUBUHAN
Pusat rawatan dadah secara tradisional ini lebih dikenali
dengan nama ‘Darul Hanan’ yang berada di dalam kawasan Pondok Lambor, Wakaf
Bharu. Pondok ini diusahakan oleh Tuan Haji Mohd Zain Bin Abu Bakar (391118-03-5059)
dan keluarga. Beliau sememangnya berasal dari negeri Kelantan iaitu Kampung
Kubang Batang, Tumpat dan hasrat murninya adalah untuk membantu remaja- remaja
yang terdedah kepada pengaruh pelbagai jenis dadah. Pusat ini ditubuhkan dengan
melaksanakan pemulihan berasaskan kaedah islam, tradisional dan rawatan moden
serta diiktiraf oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Pusat rawatan ini juga menempatkan
sebilangan warga emas yang tiada tempat berlindung dari kampung- kampung
berhampiran. Kebanyakan mereka tinggal di situ untuk mendekatkan diri kepada
tuhan yang esa dan membuat amal kebajikan. Lagi pun, mereka disediakan pondok
(rumah) masing- masing dan pelbagai aktiviti kerohanian yang boleh mereka
sertai. Alamatnya ialah Pusat Rawatan Tradisional Darul Hanan, Kampung Lambor,
16250 Wakaf Bharu, Kelantan. Telefon pejabat, 09-7197507 atau ke telefon bimbit
Tuan Haji sendiri iaitu 017-9176643. Emailnya: darul_hanan@yahoo.com.
Berdasarkan hasil
temuramah, pengasas pusat rawatan ini yang lebih mesra dengan panggilan Ayah
Aji menyatakan, tarikh 15 Mei 1998 merupakan tarikh dimana beliau mengumumkan
hasrat untuk membuka pusat pemulihan ini. Pada waktu tersebut, hanya dua orang
yang datang untuk berubat daripada kampung berhampiran. Tiga hari kemudian,
datang lagi tiga orang untuk menjalani rawatan sehinggalah ketika ini, jumlah
penagih yang datang menerima rawatan tidak pernah putus. Jumlah penagih yang
terbaharu berjumlah 138 orang yang kesemuanya lelaki. Mereka datang secara
sukarela dan ada yang dipaksa rela oleh pihak ibu bapa atau pihak AADK sendiri.
Ikutkan penagih, memanglah mereka tidak mahu duduk dalam keadaan sebegitu rupa,
dikurung secara beramai- ramai bersama- sama pesakit lain. Umumnya, penagih-
penagih dadah ini datang dari serata daerah di negeri Kelantan dan Terengganu.
Namun ada juga penagih yang berasal dari Pahang, Johor, Penang dan lain- lain. Dari
segi taraf kedudukan masyarakat di pusat rawatan ini didapati dari rakyat biasa
hinggalah ke anak kehormat, dari murid sekolah hingga pekerja kerajaan sendiri.
Pusat Darul Hanan ini menempatkan remaja terjebak dadah seawal usia 14 tahun
hinggalah 47 tahun. Pusat rawatan ini hanya menempatkan golongan lelaki sahaja
kerana Ayah Aji mengatakan bahawa, ketiadaan tempat untuk pesakit wanita.
Lagipun, tidak elok jika golongan lelaki dan wanita berada di tempat yang sama.
Selain itu, pusat rawatan ini juga tidak menerima golongan yang mempunyai agama
lain selain agama Islam kerana kaedah pengubatan adalah menggunakan cara- cara
pengubatan Islam sepenuhnya.
Bergambar dengan Ayah Haji dan salah seorang Ustaz..... |
Waktu melawat di Darul Hanan |
Tujuan mandi wap ini adalah untuk mengeluarkan segala kotoran dalam tubuh pesakit penagih. Ayah Aji mengatakan bahawa bukan mudah untuk merawat pesakit- pesakit dadah ini kerana terdapat banyak halangannya lebih- lebih lagi diri pesakit itu sendiri. Mereka ini diibaratkan “karam di dalam laut dadah”, perlukan masa dan semangat untuk sembuh. Ayah Aji juga mengatakan bahawa pesakit- pesakit ini akan mandi wap banyak kali untuk mengeluarkan kotoran- kotoran hingga ada pesakit yang mandi wap sebanyak 15 kali untuk mengeluarkan peluh dalaman yang mengandungi kotoran dadah.
Gambar di "kerek telaga: untuk kaedah Pengubatan Mandi Wap |
Menjamu selera yang disediakan oleh pihak pengurusan |
Hehehee...Bawa adik dan emak skali ke sana....Sesajer jer nii, selingan..Kenderaan yg dimiliki Pusat Rawatan |
Salah sebuah pondok yg dimiliki oleh Warga emas di sana |
Sedikit cenderahati yg kami berikan |
Tandatangan ahli "Rumah org Tua- Tua" |
Sijil Perlantikan Ayah Haji |
Kajian lapangan ini dilakukan di Pusat Rawatan Tradisional Darul Hanan Kampung
Lambor, Wakaf Bharu, Kelantan Darul Naim. Seramai lima orang peninjau terlibat
sewaktu membuat kajian lapangan ini yang terdiri daripada pelajar- pelajar
semester 6 kelas Kesusasteraan Melayu dalam Pembinaan Modal Insan. Melalui
kajian lapangan ini, sasaran khusus adalah kepada pengasas pusat rawatan iaitu
Tuan Haji Mohd Zain Bin Abu Bakar. Hal ini kerana, segala urusan dapat
dipermudah dengan adanya Ayah Haji yang sudi menerima temuramah kami dan menceritakan
serba- sedikit latar belakang dan tujuan penubuhan pusat rawatan ini dan
maklumat- maklumat tentang penghuni pusat rawatan. Banyak soalan yang kami tanyakan
kepada Ayah Haji.
Selain
itu, kami juga melibatkan sasaran sampingan iaitu penghuni pusat rawatan ini
iaitu seramai 138 orang yang terdiri daripada remaja lelaki. Namun begitu, kami
hanya mendapatkan 10 orang respondan untuk mengetahui latar belakang mereka dan
bertanyakan soalan mengenai penglibatan mereka dengan dadah. Kami menggunakan
kaedah bertanya maklumat secara lisan. Hal ini bermaksud kami bertanya secara
terus kepada penghuni mengenai latar belakang mereka. Butiran respondan kami buat tetapi kami
tidak menggunakan nama sebenar mereka atas permintaan Ayah Haji mahupun
respondan sendiri. Selepas sesi temubual dengan respondan, kami juga meminta
jasa baik mereka supaya mengisi borang kaji selidik yang telah kami sediakan.
Borang kaji selidik ini berkaitan dengan diri respondan, latar belakang
respondan dan pandangan respondan tentang masalah sosial khususnya gelaja
dadah.
Segala
gerak kerja, kami lakukan seawal bulan Mac supaya berjalan lancar seperti yang
dirancangkan. Kami ke Pusat Rawatan tersebut pada 10 April 2012 iaitu jatuh
pada hari Selasa yang bersamaan cuti pertengahan semester. Kami ke sana secara
berasingan kerana, walaupun berasal dari negeri Kelantan, namun daerah kami
adalah berlainan antara satu sama lain iaitu ada yang dari Tumpat, Kota Bharu, Pasir
Puteh dan Tanah Merah. Maka kami memutuskan untuk berkumpul di hadapan Sekolah
Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat tepat jam 10 pagi. Kami mengambil masa selama
sejam untuk sampai ke pusat rawatan kerana salah seorang daripada kami sesat ke
tempat lain. Pada jam 11 pagi, sesi temuramah bermula dengan pengasas pusat
rawatan iaitu Tuan Haji Mohd Zain Bin Abu Bakar. Pelbagai maklumat yang
diperolehi yang dapat membantu kajian lapangan kami. Seterusnya Ayah Haji
membawa kami melihat kawasan sekitar pusat rawatan dan kemudiannya membawa kami
kepada penghuni Darul Hanan yang berada di tempat khas. Kami berpeluang untuk
bersua muka dengan mereka dan menyatakan hasrat kami untuk menemubual mereka.
Hanya 10 orang terpilih untuk menjadi respondan dari pelbagai peringkat umur,
jenis pekerjaan dan lain- lain.
Setelah
selesai temubual yang dijalankan, respondan tersebut kami berikan senaskhah
surah Yassin supaya mereka lebih mendekatkan diri kepada tuhan. Kemudiannya,
kami sekali lagi berada di pejabat Ayah Haji untuk menjamu selera yang telah disediakan
pihak pengurusan. Setelah berbual- bual hingga jam 2 petang, kami kemudiannya
meminta diri untuk pulang ke rumah masing- masing namun sebelum itu, kami
berikan sedikit cenderahati buat Ayah Haji yang berupa sebakul buah- buahan dan
plat atas kesudian Ayah Haji menerima kehadiran kami. Sememangnya
kami memperoleh pengalaman berguna setelah membuat kajian di pusat rawatan ini
khususnya tentang nilai- nilai modal insan yang ada pada diri penghuni.
Hurmmmmm...Alhamdulillah tugasan telah dihantar dan aku berharap agar diterima oleh pensyarah kami...Heheheheheheeheeeee.....Nice, Good Job!!!!
Macam mana nk contact owner ye? sbb sy dah contact no diatas tp not available :)
ReplyDelete