MATI??? Betapa gentarnya aku mendengar perkataan tersebut. Sejak kebelakangan ini, banyak kes yang berlaku yang melibatkan kematian. Kematian bapa, emak saudara, kawan- kawan dan sebagainya. Baru- baru ini tempat Universitiku dikejutkan dengan kematian 2 orang pelajar perempuan daripada kursus pendidikan Islam. Mereka meninggal dalam perjalanan pulang ke Tanjung Malim. Betapa mulianya niat mereka, hanya untuk melawat kawan akrab mereka yang kematian bapa. Insyaallah, roh mereka dicucuri rahmat oleh-Nya. Sama- samalah kita mendoakan mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Insyaallah!!!Betapa kita harus menerima hakikat bahawa kematian itu pasti. Hurmmm alangkah takutnya aku mendengar berita kematian. Aku sering terfikir, akan tibanya 9ti masaku tiba. Ditambah pula dengan berita kematian salah seorang lagi pelajar UPSI dari program Pendidikan Sains Pertanian. Malam tadi pula kawan sekursusku telah kematian ayahnya. Aku mengerti bagaimana perasaannya kehilangan sebahagian dari diri kita. Aku pernah mengalaminya tika aku amat memerlukan "dia". Aku terlalu menyayanginya sepenuh jiwa dan ragaku. Masih terngiang-ngiang lagi di cuping telingaku akan suaranya, hilai tawanya, marah sayangnya, dan sebagainya yang ada pada dirinya. Aku ingin sekali menterbalikkan waktu, aku mahu detik- detik itu tidak berlaku padaku dulu.
Kisah ini berlaku ke atas diriku kala aku ingin sekali memberi kejayaanku di masa hadapan. Insan tersebut tak lain tak bukan adalah "Ayahku". Keperibadiannya tak dapatku ungkapkan dengan kata- kata. Aku teramat ingin untuk memeluknya dengan penuh kasih-sayang. Ayahku seorng tak pandai mengungkapkan kasih sayangnya dengan kata- kata. Ahh lucu sekali apabila teringatkan perlakuan ayahku terhadapku. Aku adalah anak sulung, maka setiap apa yang aku lakukan akan ayahku awasi. Hermmmm, dulu aku pernah merasakan bahawa, bosannya hidup begini. Asyik ngan mak, ayah dan adik- adik jer.. Otakpun tak berkembang. huhuhuhuhu.....Tapi aku tahu setiap apa yang kedua ibu bapa kita lakukan ada kebaikannya. Bak kata orang puteh, "think positive". 9/9/2011, tarikh yang tak akan aku lupakan buat selama- lamanya. "yatim"!!!itulah gelaran yang aku pegang kini, gelaran yang tak pernah wujud dalam sarang fikiranku. Namun, itulah kenyataan yang harus aku terimaa. "Pasrah", "Redha" aku sematkan dalam hati demi menjalani sisa- sisa kehidupan seorang "ayah". Permulaan kematiannya, tak dapat aku gambarkan. Ayahku dikejarkan ke hospital di saat sehari sebelum Hari Raya AidilFitri. Detik itu aku tidak bersamanya, alangkah sedihnya aku saat itu. Jam 5ptang aku masih ingat lagi. Aku ketika itu sedang bekerja di 7E untuk menghabiskan baki cuti semesterku.
Angah: Long, long!!!nada suara adikku angah dengan sedih...Aku berasa bimbang dengan nada suaranya. Sepertinya ada sesuatu yang disembunyikan angah. Aku menanti dengan penuh tanda persoalan. Aku berfikir, kenapa angah bersikap demikian. Dadaku berdebar- debar menunggu jawapan selanjutnya daripada angah. Situasinya begitu cemas sekali.
Angah: Long, ayoh jatuh, tak taw nok wak guano? tangis angah.
Aku: Bakpow jatuh? kene gapow? guano jadik gituh?
Angahku meneruskan perbualan sambil teresak- esak. Aku tak dapat terima kenyataan itu. Betapa peritnya untuk menerima kenyataan perit itu. Malam itu juga aku balik ke Kelantan dari Kuala Lumpur dengan segera. Aku sampai di rumah keesokkan harinya, iaitu jatuh pada Hari Raya Aidilfitri. Buat pertama kalinya, aku beraya dengan seluar jin n t-shirt. Aku tak sempat untuk memikirkan penampilanku. Bagiku semua itu dah tak penting. Aku hanya mahu segera sampai ke rumah dan melihat keadaan ayanku. Dan buat pertama kalinya rumah kami suram, tiada hilai tawa dan usikan manja. Pabila aku tiba di rumah, aku segera ke hospital tanpa menukar persalinan pakaianku. Aku ingin menatap wajah ayahku dengan segera. Aku dikhabarkan dengan berita bhwa ayahku tak dpt bergerak tuk sebelah tubuhnya di bahagian kiri, iaitu dari kaki kiri hingga ke tangan kiri. Lebih memiukan lagi ayahku tak dapat nak berkata- kata. Dia kehilangan suaranya. Doktor memberitahu bahawa ayahku terkena serangan strok tahap bahaya. Aku melihat ayahku dengan pandangan yang tak dapat aku gambarkan. Ayahku melihatku dengan pandangan yang sedih. Aku mengerti bahawa ayahku amat merinduiku. Dulu adik-adkikku sering mencemburui aku kerana, ayahku lebih menyayangiku daripada mereka. Kenyataan itu tak dapat aku sangkalkan. Setiap kali aku pulang ke kampung, ayahku sering mengikut kemahuanku. Ayahku akan memasak makanan kegemaranku dan melayanku dengan mesra.
Namun, semua itu hanyalah kenangan yang tak dapat aku lupakan, Akanku abadikan dalam sanubariku buat selama- lamanya. Dalam tempoh seminggu ayahku sakit, aku telah menjaganya, betapa peritnya yang aku rasakan. Aku tak tahu apa yang ingin ayahku katakan. Aku tak tahu apakah yang ingin dia titipkan buatku dan adik- adikku. Aku juga tak tahu apa yang harus aku lakukan supaya ayahku kembali seperti dul....
Disaat kematiannya jam 12.50 pgi, kami adik- beradik berkumpu di perbaringannya. Pilu rasanya hati ini, dikala melihat nafas ayahku yang tidak lancar untuk menemui Illahi. Betullah apa yang dikatakan, saat nyawa kita ditarik adalah kesakitan yang amat sangat. Tak dapat dibandingkan dengan kesakitan yang lain. Aku.....pasrah dengan ketentuan Illahi dan terimanya. Di sini aku titipkan sebuah sajak untuk ayahku tercinta... Semoga roh ayahku ditempatkan dlm kalangan yang beriman...Aamiin!!!!!!
AYAH YANG KURINDUI
Esak tangisan jelas kedengaran
aku dan yang lainnya menangisi pemergianmu
hanya kakak dan adik yang tak mampu mengerti
apatah daya mereka yang cuma kanak- kanak
kecil
terkelu lidah untuk kami berkata- kata, ayah
jodoh pertemuan, ajal maut atas ketentuan-Nya
Dalam sejuta rindu yang mencengkam jiwa
ku terkenang kembali kisah lama
kehangatan pelukanmu, pegangan erat tangan
tuamu
namun aku akui, kasih dan sayangmu tak dapat
kuulang kembali
kasih yang agung, yang teguh, yang penuh
berkat...
Kaulah pemimpinku dulu, ayah!!!
tapi kini kami harus berdikari
harus terima hakikat walau perit sekalipun
aku rindu hilai tawamu, kemarahanmu, riak
wajahmu
sebagai anak sulung, aku pikul
tanggungjawabmu
membantu emak dan adik-adikku yang lain
Kotak fikiranku masih segar, teringat kembali
kucupan terakhirku
saat itu sekujur tubuh ayah telah kaku
pilunya hatiku tak tergambar rasanya, ayah
mengenangkan hidup yang harus kulalui tanpamu
tanpa bimbinganmu seperti dahulu..
No comments:
Post a Comment